Friday 19 December 2014

RPH DST TAHUN 2 PERGERAKAN HAIWAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

TEMA                                               :  SAINS HAYAT

TOPIK                                               :  HAIWAN

STANDARD KANDUNGAN          :  MEMAHAMI PERGERAKAN HAIWAN

STANDARD PEMBELAJARAN   :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :- 
  1. Menamakan secara lisan dan bertulis 10 cara pergerakan haiwan
  2. Menyatakan dengan 2 atau lebih contoh haiwan mengikut pergerakannya

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID : Murid pernah melihat dan tahu bagaimana haiwan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain

BBM   : slaid gambar haiwan, video pergerakan haiwan, kertas mahjung, marker pen, lembaran buku kerja

Fasa / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti PdP
Catatan
Orientasi (5m)
Permainan “Cikgu kata ...”
- Manusia menggunakan kaki untuk berjalan, berlari dan melompat.

Haiwan juga bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
Guru memberi arahan lisan manakala murid melakukan pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat.




Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.

Pencetusan idea (10m)
Pergerakan haiwan
Berjalan Merangkak
Terbang
Berenang
Menjalar
Mengengsot
Merayap
Berlari
Melompat
Memanjat
Guru memaparkan 10 slaid  gambar haiwan.

Murid menamakan pergerakan haiwan.

Guru dan murid membuat simulasi menggunakan anggota badan bagi pergerakan haiwan atau memaparkan video pergerakan haiwan.
BBM :
Slaid gambar gambar haiwan
Penstrukturan semula idea (15m)
Menjelaskan Pergerakan haiwan
Berjalan
Merangkak
Terbang
Berenang
Menjalar
Mengengsot
Merayap
Berlari
Melompat
Memanjat
Guru memaparkan 10 slaid gambar haiwan dan meminta murid menyatakan bagaimana haiwan bergerak.

Contoh
G : Bagaimanakah ikan bergerak?
M : Ikan berenang menggunakan sirip

G : Bagaimanakah kanggaru bergerak?
M : Kanggaru melompat menggunakan kaki yang panjang
BBM :
Slaid gambar haiwan

KB :
Menghubung kait
Mencirikan
Aplikasi idea (27m)
Memberi contoh haiwan mengikut pergerakan haiwan
Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.

Setiap kumpulan memberi contoh nama haiwan berdasarkan pergerakan haiwan yang telah diagihkan oleh guru.

Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

Murid menjawab lembaran buku kerja.
BBM :
Kertas mahjung
Marker pen
Lembaran buku kerja

KB :
Menghubung kait
Mencirikan

NMSS :
Bekerjasama dalam kumpulan
Penutup (3m)
Kesimpulan tajuk
Murid merumuskan tajuk pelajaran pada hari ini.
KB :
Membuat kesimpulan

Nota

Pergerakan Haiwan
Contoh Haiwan
Berjalan
kucing, sesumpah, ayam, tupai, ostrich, burung merak, penguin
Merangkak
Panda, kura-kura, beruang, ketam, buaya
Terbang
Burung, kelawar, lebah, kumbang, rama-rama, pepatung
Berenang
Penguin, ikan, belut, itik, ikan lumba-lumba, paus,
Menjalar
Ular, cacing
Mengengsot
Siput, anjing laut, lintah,
Merayap
Semut, ulat bulu, lipan, lipas
Berlari
Harimau bintang, singa,
Melompat
Belalang, kanggaru, katak, arnab
Memanjat
Beruang koala, monyet



No comments:

Post a Comment