Wednesday 24 December 2014

RPH DST TAHUN 2 HAIWAN DAN TEMPAT PERLINDUNGAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2

TOPIK
Haiwan Dan Tempat Perlindungan
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.5 Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, dan di celah batu atau kayu
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan dan lisan
TEMPOH
60 minit
SUMBER
Kad Gambar
Kertas mahjung dan marker pen
Kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
Lembaran dalam buku aktiviti murid
Lembaran kerja pemulihan
AKTIVITI
·         Guru menunjukkan kad gambar seekor kucing yang terbiar.
Adakah kucing memerlukan tempat perlindungan?
Ya.
·         Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
ORIENTASI
Haiwan memerlukan tempat perlindungan sebagai keperluan asas untuk hidup.
PENCETUSAN IDEA


·           Murid menamakan tempat perlindungan / tempat tinggal haiwan yang anda tahu.
·         Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam menggunakan Peta Bulatan.
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA


·         Guru menampal kad bergambar tempat perlindungan haiwan manakala murid menamakannya.
·         Guru mengedarkan kertas mahjung dan marker pen.
·         Dalam 5 kumpulan, murid menulis seberapa banyak contoh haiwan beserta tempat perlindungannya.
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
APLIKASI IDEA
Pengajaran ilmu : Kepentingan tempat perlindungan

Penjanaan idea : Kesan buruk jika haiwan tiada tempat tinggal

Pengajaran nilai :
Sayangi haiwan dengan menyediakan tempat tinggal
·         Guru mengedarkan kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT kepada setiap kumpulan.
·         Namakan 11 tempat perlindungan haiwan beserta 2 contoh haiwan.
·         Mengapakah haiwan memerlukan tempat perlindungan?
·         Ramalkan kesan buruk sekiranya haiwan tiada tempat perlindungan.
·         Anda telah terjumpa seekor kucing terbiar. Apakah yang akan anda lakukan?
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
REFLEKSI
·         Murid merumuskan tajuk pelajaran hari ini.
·         Murid menjalani penilaian secara bertulis.
PENTAKSIRAN
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
PENGAYAAN
Latihan dalam buku aktiviti murid
PEMULIHAN
Lembaran kerja pemulihan

NOTA

Tempat Perlindungan
Contoh Haiwan
Sarang
Burung, lebah, semut, labah-labah, tebuan
Gua
Kelawar, beruang
Lubang tanah
Ular, arnab, ketam, moles
Dalam tanah
Cacing
Lubang pokok
Tupai
Reban
Ayam, itik, angsa
Kandang
Kambing, lembu, kuda, unta
Atas pokok
Monyet, sesumpah, ulat bulu, koala
Di dalam air
Ikan, berudu, sotong, udang, obor-obor
Di celah batu
Lintah, siput
Di celah kayu
Anai-anai

RPH DST TAHUN 3 HABITAT HAIWAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

TOPIK
Kenali haiwan
STANDARD KANDUNGAN
3.1 Memahami ciri haiwan
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu habitat : hidup di darat, di air serta di darat dan air
3.2.3 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan dan lisan
TEMPOH
60 minit
SUMBER
Slaid Gambar
Kertas mahjung dan marker pen
Kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
Lembaran dalam buku aktiviti murid
Lembaran kerja pemulihan
AKTIVITI
·         Guru menunjukkan slaid gambar haiwan yang hidup di darat, air serta di darat dan air.
·         Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
ORIENTASI
PENCETUSAN IDEA


·         Guru menerangkan habitat ialah tempat tinggal semula jadi bagi haiwan dan tumbuhan.
·         KBAT : Mengapakah haiwan memerlukan tempat tinggal?
Untuk meneruskan hidup, melindungi diri daripada cuaca, sebagai tempat persembunyian, tempat yang selamat untuk melahirkan anak, tempat untuk mengumpulkan makanan
·         Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam menggunakan Peta Bulatan.
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA


·         Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan mengedarkan kertas mahjung dan marker pen.
·         Dalam kumpulan, murid menulis seberapa banyak contoh haiwan yang tinggal di darat atau di air atau di darat dan air.
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
APLIKASI IDEA
·         Guru mengedarkan kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT kepada setiap kumpulan.
·         Bagaimanakah habitat haiwan boleh dimusnahkan?
·         Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya habitat haiwan dimusnahkan.
·         Apakah tanggungjawab kita untuk mengekalkan habitat semulajadi?
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
REFLEKSI
·         Murid merumuskan tajuk pelajaran hari ini.
·         Murid menjalani penilaian secara bertulis.
PENTAKSIRAN
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
PENGAYAAN
Latihan dalam buku aktiviti murid
PEMULIHAN
Lembaran kerja pemulihan

Sunday 21 December 2014

RPH DST TAHUN 3 TABIAT MAKAN HAIWAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

TOPIK
Memang Makanan Aku
STANDARD KANDUNGAN
3.2 Memahami kegigian haiwan
STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.1 Menyatakan tabiat makan haiwan : herbivor, karnivor, omnivor
3.2.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran dan penulisan
TEMPOH
60 minit
SUMBER
            10 topeng haiwan
            Kertas A4
            Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
            Lembaran dalam buku aktiviti murid
            Lembaran kerja pemulihan
AKTIVITI
·         Murid memakai 10 topeng haiwan yang disediakan oleh guru.
·         Murid menamakan haiwan tersebut manakala guru mencatat jawapan murid pada papan hitam.
·         Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
ORIENTASI
PENCETUSAN IDEA
















·         10 murid yang memakai topeng haiwan telah dibahagikan kepada lima kumpulan.
·         Setiap kumpulan berbincang tentang haiwan dan makanannya.
·         Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam.
Haiwan
Makanan
Lembu
Rumput
Ulat beluncas
Daun
Rama-rama
Madu bunga
Buaya
Lembu, rusa
Ikan paus
Ikan kecil
Tenggiling
Semut
Kucing
Ikan, nasi, tikus
Ayam
bijirin, nasi, cacing
Beruang
Ikan, buah
Ular
Tikus, katak
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA



























·         Guru menerangkan maksud herbivor, karnivor dan omnivor.
·         Guru bersoal jawab dengan murid.
G : Apakah makanan lembu?
M : Rumput
G : Adakah rumput tumbuhan atau haiwan?
M : Tumbuhan
G&M : Lembu makan rumput. Lembu makan tumbuhan. Lembu
           ialah herbivor.
·         Guru mencatat jawapan murid dengan melengkapkan jadual tersebut.
Haiwan
Makanan
Tumbuhan atau haiwan
Tabiat Makan
Lembu
Rumput
Tumbuhan
Herbivor
Ulat beluncas
Daun
Tumbuhan
Herbivor
Rama-rama
Madu bunga
Tumbuhan
Herbivor
Buaya
Lembu, rusa
Haiwan
Karnivor
Ikan paus
Ikan kecil
Haiwan
Karnivor
Tenggiling
Semut
Haiwan
Karnivor
Kucing
Ikan, nasi, tikus
Tumbuhan Dan Haiwan
Omnivor
Ayam
bijirin, nasi, cacing
Tumbuhan Dan Haiwan
Omnivor
Beruang
Ikan, buah
Tumbuhan Dan Haiwan
Omnivor
Ular
Tikus, katak
Haiwan
Karnivor
APLIKASI IDEA
·         Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid.
·         Murid melukis seekor haiwan dan makanannya dalam tempoh 7 minit.
·         Setiap murid membentangkan hasil lakarannya dengan tabiat makan haiwan tersebut.
·         Murid menjalani penilaian secara bertulis.
REFLEKSI
·         Murid merumuskan tajuk pelajaran hari ini.
PENTAKSIRAN
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
PENGAYAAN
Latihan dalam buku aktiviti murid
PEMULIHAN
Lembaran kerja pemulihan