Saturday 20 December 2014

NOTA DST TAHUN 3 TABIAT MAKAN HAIWAN DAN KEGIGIAN HAIWAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

NOTA

TAJUK : HAIWAN

STANDARD KANDUNGAN : 3.2  MEMAHAMI KEGIGIAN HAIWAN

STANDARD PEMBELAJARAN : Murid boleh

1.  Menyatakan tabiat makan haiwan : herbivor, karnivor, omnivor
2.  Menghubungkaitkan kegigian herbivor, karnivor dan omnivor dengan makanan yang dimakan


Tabiat Makan Haiwan
Herbivor
Karnivor
Omnivor
Makan tumbuhan sahaja
Makan haiwan lain sahaja
Makan tumbuhan dan haiwan
Contoh Haiwan
1.    Ulat beluncas
2.    Rama-rama
3.    Lembu
4.    Kambing
5.    Kuda
6.    Kerbau
7.    Belalang
8.    Rusa
9.    Siput
10. Lebah
11. Gajah
12. Tupai
13. Burung kakak tua
14. Beruang Panda
15. Kancil

1.     Harimau
2.     Singa
3.     Buaya
4.     Musang
5.     Ikan paus
6.     Katak
7.     Tenggiling
8.     Ikan jerung
9.     Cicak
10.  Helang
11.  Ular
12.  Katak
13.  Singa laut
14.  Labah-labah   


1.     Monyet
2.     Beruang
3.     Tikus
4.     Ayam
5.     Itik
6.     Angsa
7.     Kucing
8.     Gagak



Struktur Gigi Haiwan Herbivor


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIb0N2EvUlA_x6SEMusS5oO1COucgeN6pANBVMUF85OJtORE6KIxPMW_EXVtpLn_21G_8ofYRiTivJo5sVMyEv7ziYCD2PbMdQUfC9y2tfDT8vj-OuasbSQzpxIqi2aqL5zP-LR5Uy1Ug/s320/herb1.jpg

Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan


Struktur Gigi Haiwan Karnivor

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdZGSV-0CmItDlc4WGHKIwLRDomoBY6dPEuYAslmlzkzHS8tqIqmHH0NZ5KocZYoK8m3Y_gOgbNKd8_cD8Gw_RN5MdBwOakmQeyHs2ibzrMdJrfZSlXvZv72wh2sdAReOb9nYaTIk2M3A/s320/herb.jpg

Haiwan karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan makanannya.


Struktur Gigi Haiwan Omnivor


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9pBIbE9zs-kFWxRPfrKfMPlwwqoa2ZutJoLyeTVf55RQC241xmyyW1VZuVbpQ1dYjHaJQy7MUoqfgv0V51HWZyLlb1IZYHh41mYOV8zwoG9lAA1qAlpAumj5FMNMLqTlPKbN4w1dVx4Y/s320/omni1.jpg

Haiwan omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.

28 comments:

  1. Beruangbpanda tergolong dalam kumpulan haiwan karnivor. Namun,beruangpanda hanya memakan buluh. Mengapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Beruang bpanda tergolong dalam kumpulan haiwan karnivor. Namun,beruangpanda hanya memakan buluh. Mengapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekanisme sistem percernaan Panda secara semulajadinya direka bentuk seperti haiwan karnivor yang mampu mencernakan makanan yang keras seperti daging. Disebabkan dietnya herbivor, maka ia perlu beradaptasi dengan memakan tumbuhan yang keras untuk menyesuaikan dengan sistem percernaannya.

      Delete
  4. Burung merpati apa kelasnya

    ReplyDelete
  5. Kucing omnivor? Boleh terangkan .. Tq

    ReplyDelete
  6. Mcm mn beruang herbivor beruang kan karnivor sebab mkn ikan kan.

    ReplyDelete
  7. Anjing apa kelasnya.. Ada soalan dalam buku aktiviti darjah 3,

    ReplyDelete
  8. selain belalang ,tikus juga makan apa ?

    ReplyDelete
  9. Tq atas info yg sangat berguna. Sangat membantu untuk ajar anak berbanding buku teks yg sangat terhad infonya

    ReplyDelete