Wednesday 24 December 2014

RPH DST TAHUN 2 HAIWAN DAN TEMPAT PERLINDUNGAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2

TOPIK
Haiwan Dan Tempat Perlindungan
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.5 Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, dan di celah batu atau kayu
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan dan lisan
TEMPOH
60 minit
SUMBER
Kad Gambar
Kertas mahjung dan marker pen
Kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
Lembaran dalam buku aktiviti murid
Lembaran kerja pemulihan
AKTIVITI
·         Guru menunjukkan kad gambar seekor kucing yang terbiar.
Adakah kucing memerlukan tempat perlindungan?
Ya.
·         Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
ORIENTASI
Haiwan memerlukan tempat perlindungan sebagai keperluan asas untuk hidup.
PENCETUSAN IDEA


·           Murid menamakan tempat perlindungan / tempat tinggal haiwan yang anda tahu.
·         Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam menggunakan Peta Bulatan.
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA


·         Guru menampal kad bergambar tempat perlindungan haiwan manakala murid menamakannya.
·         Guru mengedarkan kertas mahjung dan marker pen.
·         Dalam 5 kumpulan, murid menulis seberapa banyak contoh haiwan beserta tempat perlindungannya.
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
APLIKASI IDEA
Pengajaran ilmu : Kepentingan tempat perlindungan

Penjanaan idea : Kesan buruk jika haiwan tiada tempat tinggal

Pengajaran nilai :
Sayangi haiwan dengan menyediakan tempat tinggal
·         Guru mengedarkan kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT kepada setiap kumpulan.
·         Namakan 11 tempat perlindungan haiwan beserta 2 contoh haiwan.
·         Mengapakah haiwan memerlukan tempat perlindungan?
·         Ramalkan kesan buruk sekiranya haiwan tiada tempat perlindungan.
·         Anda telah terjumpa seekor kucing terbiar. Apakah yang akan anda lakukan?
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
REFLEKSI
·         Murid merumuskan tajuk pelajaran hari ini.
·         Murid menjalani penilaian secara bertulis.
PENTAKSIRAN
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
PENGAYAAN
Latihan dalam buku aktiviti murid
PEMULIHAN
Lembaran kerja pemulihan

NOTA

Tempat Perlindungan
Contoh Haiwan
Sarang
Burung, lebah, semut, labah-labah, tebuan
Gua
Kelawar, beruang
Lubang tanah
Ular, arnab, ketam, moles
Dalam tanah
Cacing
Lubang pokok
Tupai
Reban
Ayam, itik, angsa
Kandang
Kambing, lembu, kuda, unta
Atas pokok
Monyet, sesumpah, ulat bulu, koala
Di dalam air
Ikan, berudu, sotong, udang, obor-obor
Di celah batu
Lintah, siput
Di celah kayu
Anai-anai

No comments:

Post a Comment