Thursday 1 January 2015

SAINS TAHUN 5 : CAHAYA BERGERAK LURUS


SAINS TAHUN 5

TAJUK
Cahaya bergerak lurus
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
       Murid menyatakan cahaya bergerak lurus
       Murid memberi contoh untuk mengesahkan bahawa cahaya   bergerak lurus
STRATEGI PdP
Penemuan terbimbing

FASA / MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ORIENTASI
·     Guru menayangkan video “Light travels in a straight line”.
·     Guru bersoal jawab dengan murid.
G : Apakah objek yang digunakan untuk menghasilkan cahaya?
M : Lampu suluh.
G : Apakah yang anda faham tentang video ini?
M : Cahaya bergerak lurus.
·     Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
Bagaimanakah cahaya bergerak?
Cahaya bergerak lurus.
PENCETUSAN IDEA
Guru menayangkan slaid powerpoint manakala murid menjawab soalan tersebut.
1.    Namakan objek yang boleh menghasilkan cahaya.
Lampu suluh, mentol.
2.    Namakan sumber cahaya semula jadi.
Matahari.
3.    Namakan serangga yang dapat mengeluarkan cahaya.
Kelip-kelip.
4.    Adakah cahaya bergerak lurus?
Ya / tidak
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
AKTIVITI 1 : CD TEGAK
Alatan dan bahan : CD, plastisin dan lampu suluh

Langkah-langkah
1.    Susun ketiga-tiga CD sebaris dan letakkan plastisin pada setiap CD.
2.    Pegang lampu suluh dan halakan ke lubang CD.
3.    Perhatikan cahaya tersebut.

Soalan
1.    Adakah anda dapat melihat cahaya lampu suluh apabila ketiga-tiga CD disusun secara sebaris?
2.    Dapatkah kamu melihat cahaya lampu suluh menembusi lubang pada kad terakhir apabila kamu menggerakkan salah satu CD?Terangkan pemerhatian kamu.
3.    Bagaimnakah cahaya bergerak?

AKTIVITI 2 : DI MANAKAH ...?
Alatan dan bahan : Glob dan lampu suluh

Langkah-langkah
1.    Halakan lampu suluh ke glob. Namakan negara yang dapat kamu lihat.
2.    Halakan lampu suluh ke negara China. Namakan negeri-negeri di China.

Soalan
1.    Apabila lampu suluh pada glob, kamu dapat melihat negara tersebut. Mengapakah kejadian ini berlaku?
2.    Bagaimanakah cahaya bergerak?

AKTIVITI 3 : TEROPONG LURUS DAN BENGKOK
Alatan dan bahan : kertas mahjung, pita selofan dan lampu suluh

Langkah-langkah
1.    Gulungkan kertas mahjung dan lekatkan dengan pita selofan.
2.    Perhatikan cahaya lampu menggunakan teropong itu.

Soalan
1.    Adakah kamu nampak cahaya lampu suluh apabila menggunakan teropong kertas?
2.    Bengkokkan teropong kertas itu. Adakah kamu nampak cahaya lampu? Mengapakah situasi ini berlaku?
3.    Bagaimanakah cahaya bergerak?

SOALAN KBAT
1.    Jika anda berada di dalam bilik yang gelap, adakah cahaya bergerak lurus?
Tiada sumber cahaya.
2.    Lampu bilik darjah dapat menerangi satu bilik. Kenapa?
Cahaya bergerak lurus dari semua arah.
3.    Adakah tiga pokok pasu bunga di luar rumah menerima cahaya matahari? Mengapa?
Ketiga-tiga pokok menerima cahaya matahari yang sama kerana cahaya bergerak lurus dari semua arah.
APLIKASI IDEA
·     Guru menayangkan video tentang :-
Gerhana bulan
Gerhana matahari
Sinar cahaya dari lampu kereta
Sinar cahaya dari lampu
Sinar cahaya dari rumah api
Pancaran cahaya matahari
Pembentukan bayang-bayang
·      Guru meminta murid menyatakan bahawa fenomena atau peristiwa di atas menunjukkan cahaya bergerak lurus atau tidak.
·      Kemudian, guru memberikan penerangan berbantukan video untuk mengukuhkan pemahaman murid.
REFLEKSI
·      Murid merumuskan tajuk pelajaran pada hari ini.
·      Murid menyiapkan lembaran latihan yang diberikan.

SAINS TAHUN 5 : BAHAYA KECUAIAN PENGENDALIAN PERALATAN ELEKTRIK DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN


SAINS TAHUN 5

TAJUK
Bahaya Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik Dan Langkah-Langkah Keselamatan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.    Menyatakan bahaya kecuaian pengendalian peralatan elektrik seperti kebakaran, melecur dan renjatan elektrik
2.    Menyatakan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik
STRATEGI PdP
Kajian masa depan, sumbang saran
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 :KAJIAN MASA DEPAN (20 minit)
·      Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
·      Guru mengedarkan artikel atau surat khabar yang berkaitan dengan kebakaran, melecur dan renjatan elektrik.
·      Dalam kumpulan, murid berbincang dan menulis tentang :-
            Maksud kebakaran / melecur / renjatan elektrik dari pandangan sendiri
            Punca-punca berdasarkan artikel dan punca lain
            Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya tiada langkah keselamatan diambil
·      Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
AKTIVITI 2 : LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN PERALATAN ELEKTRIK (20 minit)
·      Guru menjalankan sesi sumbang saran.
·      Setiap murid memberikan idea tentang langkah-langkah keselamatan secara bergilir.
·      Guru mencatat idea murid pada papan hitam.
AKTIVITI 3 : MENULIS NOTA (10 minit)
·      Guru membaca maklumat yang telah dicatatkan oleh setiap kumpulan pada aktiviti 1 dan aktiviti 2 manakala murid menyalin nota tersebut.
AKTIVITI 4 : APLIKASI IDEA (10 minit)
·      Murid diminta untuk membuat lakaran peralatan elektrik mengikut kreativiti yang mengandungi ciri-ciri keselamatan di dalam buku latihan sebagai kerja rumah.
·      Guru menunjukkan satu contoh perlatan elektrik dan ciri-ciri keselamatan yang diambil.
SUMBER
·         Kertas A4 beserta soalan
·         Artikel atau surat khabar

SAINS TAHUN 5 : KOMPONEN LITAR ELEKTRIK


SAINS TAHUN 5

TAJUK
Komponen litar elektrik
-          Bateri, mentol, wayar penyambung dan suis
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.    Menamakan setiap komponen litar elektrik
2.    Menyatakan fungsi setiap komponen litar elektrik
3.    Melukis simbol setiap komponen elektrik
4.    Melukis rajah litar dengan betul
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : KOMPONEN LITAR ELEKTRIK
·      Guru melukis jadual pada papan hitam.

Komponen litar elektrik (Gambar)
Nama
Fungsi
Simbol

















·      Guru menunjukkan bateri, mentol, wayar penyambung dan suis kepada murid.
·      Murid menamakan setiap komponen elektrik secara lisan manakala guru menulis jawapan pada jadual tersebut.
·      Murid menyatakan fungsi setiap komponen elektrik secara lisan.
·      Guru melukis simbol komponen litar elektrik.
·      Murid menyalin jadual dalam buku nota.
AKTIVITI 2 : MELUKIS RAJAH LITAR
·      Guru menampal kad gambar rajah litar bersiri dan selari.
·      Guru mendemonstrasi cara melukis rajah litar bersiri dan selari.
·      Guru menjalankan kaedah stesen.
STESEN A : GAMBAR RAJAH LITAR BERSIRI
STESEN B : LITAR BERSIRI
STESEN C : GAMBAR RAJAH LITAR SELARI
STESEN D : LITAR SELARI
·      Guru membahagikan murid pada kumpulan 4 orang.
·      Setiap kumpulan bergerak mengikut arahan lisan guru dan melukis rajah litar mengikut stesen pada kertas A4.
·      Guru dan murid menyemak jawapan bersama.
·      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
·      Guru dan murid menyemak jawapan bersama.
SUMBER
·         Bateri
·         Wayar penyambung
·         Suis
·         Mentol
·         Lembaran jadual
·         Lembaran kerja
·         Gambar rajah litar bersiri dan selari
·         Litar bersiri dan selari