Thursday, 1 January 2015

SAINS TAHUN 5 : CAHAYA BERGERAK LURUS


SAINS TAHUN 5

TAJUK
Cahaya bergerak lurus
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
       Murid menyatakan cahaya bergerak lurus
       Murid memberi contoh untuk mengesahkan bahawa cahaya   bergerak lurus
STRATEGI PdP
Penemuan terbimbing

FASA / MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ORIENTASI
·     Guru menayangkan video “Light travels in a straight line”.
·     Guru bersoal jawab dengan murid.
G : Apakah objek yang digunakan untuk menghasilkan cahaya?
M : Lampu suluh.
G : Apakah yang anda faham tentang video ini?
M : Cahaya bergerak lurus.
·     Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
Bagaimanakah cahaya bergerak?
Cahaya bergerak lurus.
PENCETUSAN IDEA
Guru menayangkan slaid powerpoint manakala murid menjawab soalan tersebut.
1.    Namakan objek yang boleh menghasilkan cahaya.
Lampu suluh, mentol.
2.    Namakan sumber cahaya semula jadi.
Matahari.
3.    Namakan serangga yang dapat mengeluarkan cahaya.
Kelip-kelip.
4.    Adakah cahaya bergerak lurus?
Ya / tidak
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
AKTIVITI 1 : CD TEGAK
Alatan dan bahan : CD, plastisin dan lampu suluh

Langkah-langkah
1.    Susun ketiga-tiga CD sebaris dan letakkan plastisin pada setiap CD.
2.    Pegang lampu suluh dan halakan ke lubang CD.
3.    Perhatikan cahaya tersebut.

Soalan
1.    Adakah anda dapat melihat cahaya lampu suluh apabila ketiga-tiga CD disusun secara sebaris?
2.    Dapatkah kamu melihat cahaya lampu suluh menembusi lubang pada kad terakhir apabila kamu menggerakkan salah satu CD?Terangkan pemerhatian kamu.
3.    Bagaimnakah cahaya bergerak?

AKTIVITI 2 : DI MANAKAH ...?
Alatan dan bahan : Glob dan lampu suluh

Langkah-langkah
1.    Halakan lampu suluh ke glob. Namakan negara yang dapat kamu lihat.
2.    Halakan lampu suluh ke negara China. Namakan negeri-negeri di China.

Soalan
1.    Apabila lampu suluh pada glob, kamu dapat melihat negara tersebut. Mengapakah kejadian ini berlaku?
2.    Bagaimanakah cahaya bergerak?

AKTIVITI 3 : TEROPONG LURUS DAN BENGKOK
Alatan dan bahan : kertas mahjung, pita selofan dan lampu suluh

Langkah-langkah
1.    Gulungkan kertas mahjung dan lekatkan dengan pita selofan.
2.    Perhatikan cahaya lampu menggunakan teropong itu.

Soalan
1.    Adakah kamu nampak cahaya lampu suluh apabila menggunakan teropong kertas?
2.    Bengkokkan teropong kertas itu. Adakah kamu nampak cahaya lampu? Mengapakah situasi ini berlaku?
3.    Bagaimanakah cahaya bergerak?

SOALAN KBAT
1.    Jika anda berada di dalam bilik yang gelap, adakah cahaya bergerak lurus?
Tiada sumber cahaya.
2.    Lampu bilik darjah dapat menerangi satu bilik. Kenapa?
Cahaya bergerak lurus dari semua arah.
3.    Adakah tiga pokok pasu bunga di luar rumah menerima cahaya matahari? Mengapa?
Ketiga-tiga pokok menerima cahaya matahari yang sama kerana cahaya bergerak lurus dari semua arah.
APLIKASI IDEA
·     Guru menayangkan video tentang :-
Gerhana bulan
Gerhana matahari
Sinar cahaya dari lampu kereta
Sinar cahaya dari lampu
Sinar cahaya dari rumah api
Pancaran cahaya matahari
Pembentukan bayang-bayang
·      Guru meminta murid menyatakan bahawa fenomena atau peristiwa di atas menunjukkan cahaya bergerak lurus atau tidak.
·      Kemudian, guru memberikan penerangan berbantukan video untuk mengukuhkan pemahaman murid.
REFLEKSI
·      Murid merumuskan tajuk pelajaran pada hari ini.
·      Murid menyiapkan lembaran latihan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment