Wednesday 24 December 2014

RPH DST TAHUN 3 HABITAT HAIWAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

TOPIK
Kenali haiwan
STANDARD KANDUNGAN
3.1 Memahami ciri haiwan
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu habitat : hidup di darat, di air serta di darat dan air
3.2.3 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan dan lisan
TEMPOH
60 minit
SUMBER
Slaid Gambar
Kertas mahjung dan marker pen
Kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
Lembaran dalam buku aktiviti murid
Lembaran kerja pemulihan
AKTIVITI
·         Guru menunjukkan slaid gambar haiwan yang hidup di darat, air serta di darat dan air.
·         Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.
ORIENTASI
PENCETUSAN IDEA


·         Guru menerangkan habitat ialah tempat tinggal semula jadi bagi haiwan dan tumbuhan.
·         KBAT : Mengapakah haiwan memerlukan tempat tinggal?
Untuk meneruskan hidup, melindungi diri daripada cuaca, sebagai tempat persembunyian, tempat yang selamat untuk melahirkan anak, tempat untuk mengumpulkan makanan
·         Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam menggunakan Peta Bulatan.
PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA


·         Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan mengedarkan kertas mahjung dan marker pen.
·         Dalam kumpulan, murid menulis seberapa banyak contoh haiwan yang tinggal di darat atau di air atau di darat dan air.
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
APLIKASI IDEA
·         Guru mengedarkan kertas A4 yang mengandungi soalan KBAT kepada setiap kumpulan.
·         Bagaimanakah habitat haiwan boleh dimusnahkan?
·         Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya habitat haiwan dimusnahkan.
·         Apakah tanggungjawab kita untuk mengekalkan habitat semulajadi?
·         Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
REFLEKSI
·         Murid merumuskan tajuk pelajaran hari ini.
·         Murid menjalani penilaian secara bertulis.
PENTAKSIRAN
Lembaran penilaian dalam buku latihan murid
PENGAYAAN
Latihan dalam buku aktiviti murid
PEMULIHAN
Lembaran kerja pemulihan

No comments:

Post a Comment