Friday 19 December 2014

RPH DST TAHUN 3 CIRI-CIRI HAIWAN


DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

TEMA                                                :  SAINS HAYAT

TOPIK                                               :  HAIWANKU MANJA

STANDARD KANDUNGAN          :  MEMAHAMI CIRI HAIWAN

STANDARD PEMBELAJARAN   :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
  1. 1.    Menamakan secara lisan 10 ciri-ciri haiwan iaitu bercangkerang keras, berbulu, berbulu pelepah, bersisik, berkaki, bersayap, berekor, bertanduk, berparuh dan berkuku tajam
  2.       Menyatakan 5 jawapan betul daripada 10 ciri-ciri haiwan tersebut secara bertulis


PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID : Murid dapat menamakan tiga atau lebih ciri-ciri haiwan berdasarkan haiwan yang pernah dilihat

STRATEGI PDP : Pembelajaran koperatif, teknik penyoalan

KPS    :  memerhati, mengelas, berkomunikasi

NMSS            : bekerjasama secara berkumpulan, menyedari bahawa sains merupakan satu 
daripada cara untuk memahami alam

KB      : mencirikan, mengelas

BBM   : kad imbasan gambar, kad perkataan, lembaran buku kerja

Fasa / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pdp
Catatan
Orientasi (5m)
Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid tentang haiwan yang murid tahu
Murid menulis nama haiwan pada papan hitam.

Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.

Pencetusan idea (10m)
Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid tentang menamakan ciri-ciri haiwan
Guru menampal kad imbasan gambar haiwan pada papan hitam.

Murid menamakan ciri-ciri haiwan tersebut manakala guru menulis jawapan murid.
BBM :
kad imbasan gambar haiwan
Penstrukturan semula idea (15m)
Ciri-ciri haiwan

Litupan badan
Bercangkerang keras
Berbulu
Berbulu pelepah
Bersisik

Anggota badan
Berkaki
Berekor
Bersayap
Bertanduk
Berparuh
Berkuku  tajam

Guru menampal kertas mahjung yang mengandungi kad perkataan pada hujung papan hitam.

Murid membaca kad perkataan tersebut.

Murid menampal kad perkataan pada kad imbasan gambar haiwan yang betul.

Guru dan murid menyemak jawapan bersama.

Murid mengelaskan ciri-ciri haiwan kepada dua kategori iaitu litupan badan dan anggota badan.
STRATEGI PDP :
Pembelajaran koperatif

BBM :
Kad imbasan gambar
Kad perkataan
Aplikasi idea (25m)

Dalam kumpulan, murid berbincang dan menulis nama haiwan beserta ciri-ciri haiwan tersebut dalam masa 5 minit.

Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

Murid menjawab lembaran buku kerja.
BBM :
Kertas A4
Pensel warna
Lembaran buku kerja

NMSS :
Bekerjasama dalam kumpulan
Penutup (5m)
Kesimpulan tajuk
Guru bersoal jawab dengan murid.

Namakan dua kategori ciri-ciri haiwan.
Litupan badan dan anggota badan.

Namakan empat ciri haiwan dalam kategori litupan badan.
Bercangkerang keras, berbulu, berbulu pelepah dan bersisik.

Namakan enam ciri haiwan dalam kategori anggota haiwan.
Berkaki, berekor, bersayap, bertanduk, berparuh dan berkuku  tajam
STRATEGI PDP :
Teknik penyoalan

NMSS :
menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam


No comments:

Post a Comment